Notis Privasi

Tarikh akhir dikemas kini: 15 Oktober 2024

1. Skop dan Penggunaan Notis

1.1. Coda Payments Pte. Ltd. (“Coda Singapura”) dan/atau sekutu atau subsidiarinya (secara kolektif dirujuk sebagai “Coda” dan “kami”, atau “milik kami”) hanya mengumpul dan memproses data peribadi daripada anda setakat mana yang kami perlukan atau jika ia adalah relevan kepada urus niaga kami dengan anda. Notis Privasi ini (“Notis”) menetapkan amalan privasi kami berkaitan dengan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, pendedahan, pemindahan, pengekalan, penyimpanan, dan pelupusan Data Peribadi anda apabila kami menyediakan perkhidmatan gedung web kami kepada anda (“Perkhidmatan Gedung Web”).

1.2. Apabila anda menerima Notis ini, anda bersetuju kepada pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, pendedahan, pemindahan, pengekalan atau penyimpanan, dan pelupusan Data Peribadi anda dengan cara yang dijelaskan di bawah.

1.3. “Data Peribadi” merujuk kepada maklumat peribadi anda sebagai seorang individu, sama ada benar atau tidak, di mana anda dapat dikenal pasti, sama ada secara tersendiri atau bersama-sama dengan maklumat lain yang kami ada atau yang boleh kami akses. Data Peribadi yang kami kumpulkan dan proses mungkin merangkumi:

(a) Nama pertama dan nama keluarga anda;

(b) Alamat e-mel;

(c) Nombor telefon bimbit (atau MSISDN);

(d) Penggabungan pedagang dan/atau alamat IP;

(e) Kuki dan/atau data statistik/analitik, seperti tingkah laku penyemakan imbas anda, setakat di mana anda boleh dikenal pasti melalui cara ini;

(f) Dokumentasi yang boleh membantu kami mengesahkan ketepatan maklumat yang anda berikan, seperti bukti identiti;

(g) Pautan media sosial atau profil awam anda, dan maklumat peribadi yang mungkin terpapar di dalamnya, di mana anda mungkin berikan kepada kami semasa berurusan dengan sokongan pelanggan;

(h) Kata laluan akaun; dan

(i) Sebarang maklumat peribadi lain yang mungkin anda berikan kepada kami semasa menggunakan Perkhidmatan Gedung Web.

1.4. Notis ini hanya terpakai kepada Data Peribadi yang kami miliki atau di bawah kawalan kami.

1.5. Kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda untuk membolehkan anda membeli barangan digital yang ditawarkan di https://store.fcm.ea.com ("Gedung Web" berkenaan).

1.6. Kami berhak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu kepada anda. Sebarang pindaan akan tersedia dan dipaparkan di Gedung Web kami dan akan berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasa di atas. Anda boleh melihat sama ada sebarang pindaan telah dibuat dengan merujuk pada tarikh kemas kini terakhir Notis ini, yang dinyatakan di atas. Kami mengesyorkan agar anda menyemak Notis ini secara berkala untuk versi terkini. Penggunaan Perkhidmatan Gedung Web secara berterusan oleh anda selepas pindaan merupakan pengakuan anda terhadap pindaan tersebut.

2. Pengumpulan Data Peribadi

2.1. Kami mengumpul Data Peribadi anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan Gedung Web atau berkomunikasi dengan kami. Dalam hal ini, anda boleh terus memberikan Data Peribadi anda kepada kami, atau ia mungkin boleh dikongsi dengan kami oleh ahli sekutu atau subsidiari kami, Saluran Pembayaran, atau Electronic Arts (“Penerbit” berkenaan).

2.2. Anda juga boleh memberikan Data Peribadi kepada kami melalui kaedah lain, termasuk:

(a) sebagai respons kepada komunikasi kami;

(b) melalui media sosial atau forum dalam talian;

(c) melalui penyertaan dalam tawaran, program atau promosi yang dilaksanakan oleh kami;

(d) apabila anda mendaftar untuk menerima buletin kami; atau

(e) Apabila anda log masuk ke Perkhidmatan Gedung Web dengan log masuk sosial atau kelayakan anda daripada platform pihak ketiga (contohnya, Facebook, Gmail). Kami mengumpul Data Peribadi yang telah anda persetujui untuk berkongsi melalui laman media sosial atau platform pihak ketiga yang berkenaan.

2.3. Kami juga mengumpul maklumat transaksi, seperti amaun pembelian, tarikh pembelian, maklumat tentang kandungan digital, barangan dan/atau perkhidmatan yang anda beli (“Data Transaksi”), untuk mengutamakan kepentingan sah kami dan untuk mematuhi kewajipan kontrak kami untuk memberikan anda akses kepada Perkhidmatan Gedung Web dan/atau Gedung Web kami. Dalam kebanyakan kes, ini tidak dianggap sebagai Data Peribadi memandangkan identiti anda berbeza daripadanya. Walau bagaimanapun, setakat mana identiti anda mungkin ditentukan daripada Data Transaksi, ia akan dianggap dan diproses sebagai Data Peribadi di bawah Notis ini. Anda bersetuju untuk kami kumpul Data Transaksi sedemikian daripada anda semasa anda menggunakan Perkhidmatan Gedung Web dan/atau Gedung Web kami.

2.4. Anda harus memberi kami maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan. Dalam hal ini, kami berhak untuk meminta dokumentasi untuk mengesahkan maklumat yang anda berikan kepada kami.

3. Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi

3.1. Data Peribadi anda akan diproses untuk tujuan berikut:

(a) Pemprosesan transaksi dan penghantaran kandungan;

(b) Kempen pemasaran dan promosi; dan

(c) Penggunaan dan pendedahan lain yang dibenarkan.

3.2. Pemprosesan Transaksi dan Penghantaran Kandungan

3.2.1. Sebagai pengagregat saluran pembayaran, pengedar kandungan digital dalam talian, dan penyedia perkhidmatan yang berkaitan, Coda akan menggunakan Data Peribadi anda dan berkongsinya dengan pihak ketiga, termasuk ahli sekutu atau subsidiari kami, Saluran Pembayaran, dan Penerbit berkenaan, untuk tujuan menyediakan Perkhidmatan Gedung Web kepada anda, atau di mana ia merupakan sebahagian proses yang diperlukan dalam menjalankan perniagaan dengan anda.

3.2.2. Secara khusus, Data Peribadi anda mungkin diproses untuk perkara berikut:

(a) Memudahkan penggunaan Perkhidmatan Gedung Web oleh anda;

(b) Menganalisa, menambah baik atau meningkatkan mutu penggunaan Perkhidmatan Gedung Web atau pengalaman anda sebagai pengguna;

(c) Memberi maklum balas tentang barangan digital yang ditawarkan di Gedung Web;

(d) Memproses dan mengesahkan transaksi dan pembayaran dalam talian anda di Gedung Web kami;

(e) Menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan dengan transaksi anda;

(f) Mengurangkan penipuan;

(g) Melindungi kepentingan sah kami;

(h) Menguatkuasakan hak kontrak kami; dan

(i) Menyediakan anda dengan maklumat yang anda minta daripada kami.

3.2.3. Data Peribadi anda juga boleh dikongsi untuk tujuan yang disenaraikan dalam klausa 3.2.2 dan 3.3.3 atau untuk tujuan penyampaian kandungan, pemantauan audit dan untuk mematuhi aktiviti pematuhan lain-lain  antara Coda dan Penerbit berkenaan (Electronic Arts) yang anda lakukan pembelian daripada.

3.2.4. Data Peribadi anda juga mungkin dikongsi untuk tujuan yang disenaraikan dalam klausa 3.2.2 dengan Saluran Pembayaran yang telah anda pilih sebagai kaedah pembayaran anda.

3.3. Kempen Pemasaran dan Promosi

3.3.1. Dari semasa ke semasa, kami menjalankan kempen pemasaran dan promosi di mana kami memberi ganjaran kepada pengguna kami di Gedung Web kami di negara tertentu, atau bagi pihak Penerbit berkenaan, atau dalam pelbagai kategori lain. Untuk tujuan ini, kami mungkin menganalisa Data Transaksi anda dan menggunakan Data Peribadi anda untuk menghubungi anda, untuk memberi anda hadiah yang disediakan untuk kempen promosi tersebut, yang biasanya merupakan kredit percuma daripada Penerbit atau Saluran Pembayaran, atau hadiah percuma lain. Kempen promosi ini dijalankan oleh Coda, dan Data Peribadi anda tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga untuk tujuan tersebut, selain daripada yang dinyatakan di bawah. Sekiranya anda ingin memilih untuk tidak menerima cenderamata dan hadiah lain dari acara promosi kami, sila hubungi kami.

3.3.2. Jika anda memilih untuk menerima komunikasi pemasaran dan promosi, kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memaklumkan anda tentang kempen pemasaran dan promosi yang berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan Gedung Web, atau yang dilakukan secara bersama, dalam perkongsian, atau berkaitan dengan Penerbit berkenaan, mana-mana Saluran Pembayaran, atau pihak ketiga, dan kami mungkin berkongsi nama, alamat e-mel dan/atau nombor telefon bimbit anda dengan mereka untuk tujuan ini. Jika anda ingin menarik diri daripada penerimaan komunikasi pemasaran dan promosi atau mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan ini, sila hubungi kami. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima e-mel pemasaran dan promosi sedemikian dengan mengklik butang berhenti melanggan seperti mana yang disediakan dalam e-mel tersebut.

3.3.3 Kami juga mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan Penerbit berkenaan untuk tujuan mengurus dan menyampaikan promosi, tawaran atau pemasaran dalam talian lain kepada anda di Perkhidmatan Gedung Web, dalam produk/perkhidmatan berkaitan mereka dan di platform pihak ketiga, serta untuk mengukur keberkesanan dan pengedaran pengiklanan, termasuk memahami pihak yang berinteraksi dengan Gedung Web dan/atau produk/perkhidmatan berkait mereka.

3.4. Penggunaan dan Pendedahan lain yang Dibenarkan

3.4.1. Anda menerima bahawa kami juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:

(a) Memaklumkan anda tentang perkara yang berkaitan dengan transaksi anda yang mungkin memerlukan perhatian anda;

(b) Memproses permintaan perkhidmatan, menyelesaikan isu, dan menjawab pertanyaan atau maklum balas yang mungkin akan anda tujukan kepada kami;

(c) Menguruskan atau mematuhi keselamatan dalaman atau mekanisme pengurusan risiko;

(d) Menjalankan analisa statistik atau penyelidikan pasaran dan pelanggan, termasuk tinjauan untuk memastikan kepuasan pelanggan. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami untuk tujuan tersebut;

(e) Menambahbaik pengalaman anda dengan perkhidmatan bantuan pelanggan kami; dan

(f) Memaklumkan anda tentang perubahan penting pada Notis ini atau Terma dan Syarat kami setakat yang perlu.

3.4.2. Anda memahami dan menerima bahawa kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada ahli sekutu atau subsidiari kami, Penerbit berkenaan, Saluran Pembayaran, atau pihak lain sebagaimana yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang yang terpakai, seperti pihak berkuasa kerajaan atau pengawal selia, atau para individu lain yang diperlukan, untuk tujuan berikut:

(a) Untuk atau berkaitan dengan perundingan sebarang penggabungan, penjualan saham atau aset syarikat, pembiayaan, pemerolehan, penyahlaburan, atau pembubaran semua atau sebahagian perniagaan kami; atau

(b) di mana kami percaya bahawa pendedahan itu wajar untuk (i) mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, proses undang-undang, atau permintaan kerajaan yang berkenaan; (ii) membantu dalam apa-apa penyiasatan atau prosiding; dan (iii) melindungi keselamatan atau integriti Perkhidmatan Gedung Web, kami, atau mana-mana pengguna kami atau orang awam daripada bahaya atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.

4. Pilihan, hak dan pengecualian anda

4.1. Anda berhak mengeluarkan Data Peribadi anda atau menarik balik persetujuan untuk pemprosesannya, di mana kami memproses Data Peribadi anda berdasarkan sepenuhnya pada persetujuan anda. Jika anda ingin Data Peribadi anda dikeluarkan, atau tidak mahu Data Peribadi anda digunakan atau diproses untuk tujuan di atas, sila hubungi kami. Namun begitu, sekiranya Data Peribadi anda dikeluarkan atau anda menarik balik persetujuan anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas, bergantung kepada jenis permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan Perkhidmatan Gedung Web kepada anda, atau memproses dan melengkapkan transaksi yang anda ingin lakukan di Gedung Web kami.

4.2. Anda berhak untuk mengakses, mengemas kini, atau meminta pemindaan Data Peribadi yang anda berikan kepada kami pada bila-bila masa. Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda ingin mengakses Data Peribadi yang kami ada dalam fail mengenai anda atau meminta kami mengemas kini atau meminda Data Peribadi anda. Bergantung kepada jenis permintaan anda, kami mungkin mengenakan yuran admin yang berpatutan, di mana kami akan maklumkan kepada anda secepat mungkin sebelumnya.

5. Pengekalan dan Pelupusan Data

Data Peribadi anda akan kekal disimpan selagi ia diperlukan untuk memenuhi atau melengkapkan tujuan ia dikumpulkan dan sehingga ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan lain. Seterusnya, kami akan melupuskan Data Peribadi anda dengan cara yang dapat menghalang akses atau pemprosesan lebih lanjut, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemadaman atau pentanpanamaan yang tidak dapat dipulihkan.

6. Keselamatan

Coda melaksanakan usaha yang wajar untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan, perubahan, atau pemusnahan yang tidak sah atau tidak sengaja. Malangnya, tiada penghantaran atau penyimpanan data melalui Internet dapat dijamin sebagai benar-benar selamat. Walaupun begitu, kami telah menggunakan dan kini mengamalkan langkah-langkah keselamatan pentadbiran, organisasi, teknikal dan fizikal untuk melindungi Data Peribadi anda mengikut keupayaan wajar terbaik kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(a) Mengehadkan akses Data Peribadi kepada kakitangan yang dibenarkan dan/atau yang perlu;

(b) Melaksanakan penyelesaian teknikal untuk memastikan keselamatan maklumat;

(c) Pemantauan dan semakan berterusan terhadap langkah-langkah perlindungan Data Peribadi; dan

(d) Langkah-langkah keselamatan lain, seperti yang diwajibkan oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai di negara lokasi anda.

7. Pemindahan Data Antarabangsa

7.1.1. Coda beroperasi di peringkat antarabangsa. Oleh itu, anda menerima dan memahami bahawa kami mungkin menyimpan data anda di negara yang berbeza bergantung pada peraturan penyetempatan data yang berkenaan, atau berkongsikan Data Peribadi anda dengan penerima (seperti Penerbit berkenaan, Saluran Pembayaran, atau sekutu/subsidiari Coda) yang terletak di negara-negara selain negara di mana Data Peribadi anda pada asalnya dikumpulkan untuk memberikan Perkhidmatan Gedung Web kepada anda, memproses dan melengkapkan transaksi yang anda ingin lakukan di Gedung Web kami, atau untuk lain-lain tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.

7.1.2. Dalam keadaan sedemikian, kami mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa penerima di luar negara yang akan menerima Data Peribadi yang dipindahkan akan menyediakan perlindungan standard yang setaraf dengan perlindungan di bawah Peraturan Perlindungan Data Am Kesatuan Eropah (EU) serta undang-undang perlindungan data setempat yang terpakai dalam bidang kuasa lokasi anda.

8. Pengumpulan Data Statistik

8.1. Kami mengumpul, dan juga membenarkan pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada Perkhidmatan Web Amazon, Facebook, dan Google) untuk mengumpul maklumat statistik yang berkaitan dengan penggunaan laman web oleh anda serta aktiviti dalam talian semasa anda berinteraksi dengan Gedung Web kami, menggunakan “kuki” dan teknologi yang serupa. Maklumat statistik sedemikian adalah tanpa nama dan tidak mengenal pasti identiti anda. Ia termasuk lawatan ke halaman, masa dan tarikh akses, serta jenis penyemak imbas. Maklumat ini dikumpulkan untuk analisa dan penilaian bagi membantu kami menambahbaik Gedung Web kami dan Perkhidmatan Gedung Web.

8.2. “Kuki” ialah ciri pada penyemak imbas Internet anda yang menyimpan sejumlah kecil data pada komputer anda apabila anda melawat suatu laman web. Ia membolehkan kami mengenal pasti peranti atau penyemak imbas tertentu supaya kami dapat memperibadikan dan mengatur kandungan mengikut pilihan anda dan menjadikan perkhidmatan dan Gedung Web kami lebih berguna untuk anda. “Kuki” tidak memberitahu kami siapa anda melainkan anda secara khusus memberi kami maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi. Anda mungkin dapat mengurus dan memadamkan “kuki” dengan memilih pilihan tertentu pada penyemak imbas anda.

8.3. Data statistik anda mungkin dikongsi dengan rakan kongsi pihak ketiga kami: (i) di mana kami paparkan iklan; (ii) yang membantu kami menyampaikan atau mengoptimumkan perkhidmatan kami atau kandungan (termasuk Penerbit) atau (iii) yang membantu kami menganalisa, menambahbaik atau mengoptimumkan perkhidmatan kami; (iv) yang ingin memasarkan barang atau perkhidmatan mereka, yang mungkin menarik minat anda; atau (v) yang ingin memperbaiki mutu barang atau perkhidmatan yang akan disediakan kepada anda.

9. Sekatan Umur

9.1. Kami mengenakan sekatan umur kepada Perkhidmatan Gedung Web untuk mematuhi undang-undang yang terpakai.  Bergantung pada umur anda dan kewajiban undang-undang di lokasi anda, anda mungkin tidak dapat mengakses sebahagian atau kesemua Perkhidmatan Gedung Web tersebut.

10. Pautan ke Laman Web Lain

Gedung Web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang bukan di bawah pengendalian kami. Oleh itu, apabila melawat laman web pihak ketiga ini, anda harus membaca setiap dasar privasi mereka, yang akan terpakai apabila anda menggunakan laman web mereka. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, penggunaan atau amalan privasi laman web tersebut.

11. Hubungi Kami

11.1. Untuk menghubungi kami mengenai sebarang aspek Notis ini atau Data Peribadi anda, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menarik balik kebenaran, menarik diri daripada menerima hadiah dan ganjaran, menarik diri daripada komunikasi promosi dan pemasaran, memohon akses kepada data peribadi anda, memohon pengemaskinian atau pemindaan Data Peribadi anda, atau untuk melaksanakan hak anda di bawah Notis ini atau undang-undang perlindungan data yang terpakai, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data Coda dengan menghantar permintaan anda melalui pautan ini.

11.2. Untuk masalah lain, sila lawati Pusat Bantuan kami.

12. Peruntukan Tambahan

12.1. Skop permohonan; pengawal Data Peribadi. Jika anda tinggal di atau berada di Malaysia, peruntukan ini (“Peruntukan Malaysia”) akan mentadbir urus pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi anda, sebagai tambahan kepada Notis yang terdahulu. Anda memahami dan menerima bahawa Notis ini akan berkuat kuasa dan mengikat antara anda dan Aplikasi Coda Sdn. Bhd. (“Coda Malaysia”), subsidiari tempatan di Malaysia. Anda juga memahami bahawa Coda Malaysia bertindak sebagai pengawal Data Peribadi anda, dan Coda Singapura ialah pemproses, melaksanakan pemprosesan bagi pihak terdahulu.

12.2. Pemindahan Data Peribadi antarabangsa. Kami mengambil langkah untuk memastikan bahawa sebarang Data Peribadi yang dipindahkan mengikut Notis akan diberikan standard perlindungan yang setanding dengan perlindungan di bawah Akta 709 atau Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, serta pindaan yang berkaitan, garis panduan, peraturan penguatkuasaan, dll.

12.3. Undang-undang yang mentadbir urus. Notis ini akan ditadbir urus oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia tanpa mengambil kira peruntukan percanggahan undang-undangnya. Kami akan berusaha untuk menyelesaikan secara baik sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Notis ini (termasuk sebarang soalan mengenai kewujudan, kesahihan atau penamatannya), tetapi sekiranya usaha tersebut gagal, pertikaian tersebut akan dirujuk dan akhirnya diselesaikan dengan timbang tara yang ditadbir urus oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (“AIAC”) di bawah Peraturan Timbang Tara AIAC yang sedang dikuat kuasakan, yang mana peraturan dianggap dirangkumi dengan merujuk kepada bahagian ini. Tempat timbang tara adalah Kuala Lumpur, dan Tribunal akan terdiri daripada seorang (1) penimbang tara. Semua prosiding timbang tara hendaklah dalam bahasa Inggeris. Keputusan penimbang tara adalah muktamad dan mengikat.

12.4. Kami akan menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon anda untuk menghantar pulangan tunai ke akaun codashop anda jika anda telah memberikan persetujuan anda terhadap perkara yang sama sewaktu membuat pembelian di Gedung Web kami.




Speak to our experts

Monetize your game, app, or website with Coda
Our publisher partnerships team is available to discuss Codapay, Codashop, and xShop.
Get in touch ->
Add your payment method to Codashop
Our channel partnerships team is available to speak with payment method providers.
Be a partner ->
Get help with a Codashop transaction
Our friendly support team is available to help Codashoppers with any questions.
Get support now ->