Terakhir Dikemas Kini: 15 Oktober 2024
1. Skop dan Penerimaan Terma Penggunaan
Terma penggunaan ini (“Terma Penggunaan”) dimeterai oleh dan antara Coda Payments Pte. Ltd., sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang Singapura, mempunyai alamat berdaftar di 21 Tanjong Pagar Rd, #03-01/02 Singapore 088444 (“Coda Singapore”) dan/atau sekutu dan subsidiarinya (secara kolektif dirujuk sebagai “Coda” atau “kami”), dan anda serta mentadbir urus akses dan penggunaan anda Gedung Web Mudah Alih EA Sports FC (“Gedung Web”). SILA BACA TERMA INI DENGAN TELITI.
DENGAN MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN GEDUNG WEB, ANDA MENERIMA DAN BERSETUJU UNTUK TERIKAT DAN MEMATUHI TERMA PENGGUNAAN INI DAN NOTIS PRIVASI KAMI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA PENGGUNAAN ATAU NOTISPRIVASI INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN GEDUNG WEB.
2. Perubahan kepada Terma Penggunaan
Kami akan menyemak dan mengemas kini Terma Penggunaan ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami. Semua pindaan berkuat kuasa serta-merta apabila kami menyiarkannya dan terpakai kepada semua akses kepada dan penggunaan Gedung Web selepas itu. Jika anda terus menggunakan Web Store selepas Terma Penggunaan dikemas kini, ini bermaksud anda menerima dan bersetuju dengan perubahan-perubahan tersebut. Anda harus menyemak halaman ini secara berkala, supaya anda mengetahui sebarang pindaan, kerana ia mengikat anda.
3. Hak Harta Intelek
Gedung Web dan keseluruhan kandungan, ciri dan fungsinya (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua maklumat, perisian, teks, paparan, imej, video dan audio, serta reka bentuk, pemilihan dan susunan) dimiliki oleh Coda atau pemberi lesennya (termasuk, tetapi tidak terhad kepada Electronic Arts, Inc. (“Electronic Arts”atau “EA”) dan dilindungi dalam semua bentuk oleh undang-undang harta intelek termasuk tanpa had, hak cipta, tanda dagang, paten, rahsia dagang, dan mana-mana hak proprietari lain.
Anda tidak dibenarkan menyalin, menghasilkan semula, mengedar, mengubah suai, menyesuaikan, menyahhimpun, membuka, melakukan kejuruteraan terbalik, menghasilkan karya terbitan, memaparkan secara umum, mempersembahkan secara umum, menerbitkan semula, memuat turun, menyimpan, atau menghantar mana-mana bahan yang tersedia di Gedung Web, kecuali komputer dan penyemak imbas anda boleh menyimpan sementara, atau menyalin cache bahan yang sedang diakses dan dilihat.
Tiada hak, tajuk, atau kepentingan dalam atau ke Gedung Web atau sebarang kandungan di Gedung Web atau diperoleh melalui Gedung Web dipindahkan kepada anda. Semua hak yang tidak diberikan secara nyata oleh Terma Penggunaan ini adalah terpelihara oleh Coda dan pemberi lesennya.
4. Tanda Dagangan
Nama Coda, logo Coda dan semua nama, logo, nama produk dan perkhidmatan, reka bentuk dan slogan ialah tanda dagangan Coda atau ahli sekutu atau pemberi lesennya. Anda tidak boleh menggunakan tanda sedemikian tanpa kebenaran bertulis daripada Coda terlebih dahulu.
Electronic Arts, EA SPORTS FC, dan semua nama, logo, reka bentuk dan karya seni yang berkaitan adalah tanda dagangan dan/atau hak cipta Electronic ArtsInc. Anda tidak boleh menggunakan tanda tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada Electronic Arts terlebih dahulu.
5. Penggunaan Terlarang
Terma Penggunaan ini membenarkan anda menggunakan Gedung Web untuk kegunaan peribadi anda, bukan komersial sahaja. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Gedung Web:
(i) Dalam apa jua cara yang melanggar mana-mana undang-undang, garis panduan, dasar atau peraturan persekutuan, negeri, tempatan atau antarabangsa yang berkenaan (termasuk, tanpa had, mana-mana undang-undang berkenaan eksport data atau perisian, pencegahan pengubahan wang haram atau pencegahan keganasan).
(ii) Untuk mengeksploitasi, memudaratkan, atau cuba mengeksploitasi atau membahayakan kanak-kanak bawah umur dalam apa jua cara dengan mendedahkan mereka kepada kandungan yang tidak sesuai, meminta maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi, atau sebaliknya.
(iii) Untuk sebarang tujuan komersial yang tidak dibenarkan atau untuk kepentingan mana-mana pihak ketiga.
(iv) Untuk menyamar atau cuba menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti lain.
(v) Untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti penipuan.
(vi) Untuk melibatkan diri dalam sebarang tingkah laku lain yang mengehadkan atau menghalang penggunaan Gedung Web oleh sesiapa sahaja, atau yang, menurut budi bicara kami, boleh memudaratkan Coda atau mendedahkan kami kepada liabiliti.
Selain itu, anda bersetuju untuk tidak:
(vii) Menyembunyikan lokasi fizikal, tempat tinggal, atau sebarang pengenalan diri dengan tujuan mengelakkan sekatan geografi atau terma khusus negara yang mungkin dikenakan kepada anda.
(viii) Menggunakan Gedung Web dengan cara yang boleh menyahaktifkan, membebankan, merosakkan, atau menjejaskan Gedung Web, atau mengganggu penggunaan Gedung Web oleh pihak lain.
(ix) Menggunakan sebarang robot, spider, atau peranti automatik lain untuk mengakses Gedung Web untuk apa-apa tujuan, termasuk memantau atau menyalin sebarang kandungan Gedung Web.
(x) Menggunakan sebarang proses manual untuk memantau atau menyalin apa-apa bahan di Laman Web atau untuk tujuan lain yang tidak dibenarkan dalam Terma Penggunaan ini.
(xi) Menggunakan sebarang peranti, perisian atau rutin boleh menghalang Gedung Web daripada berfungsi dengan baik.
(xii) Mengelakkan daripada memperkenalkan virus, kuda Trojan, cacing komputer, bom logik, atau sebarang perisian hasad yang boleh merosakkan dari segi teknologi.
(xiii) Cuba untuk mengakses tanpa kebenaran, mengganggu, merosakkan, atau menggugat mana-mana bahagian Gedung Web, pelayan yang menyimpan Gedung Web, atau sebarang pelayan, komputer, atau pangkalan data yang disambungkan kepada Gedung Web.
(xiv) Melancarkan serangan penafian perkhidmatan atau serangan penafian perkhidmatan yang diedarkan terhadap Gedung Web.
(xv) Menjalankan sebarang ujian kapasiti, beban, atau tekanan ke atas mana-mana persekitaran ujian atau persekitaran langsung bagi Gedung Web.
(xvi) Mengakses dan menggunakan Gedung Web untuk tujuan mencipta produk kompetitif yang serupa.
(xvii) Cuba mengganggu operasi Gedung Web.
Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akses anda ke atau menyahaktifkan penggunaan anda terhadap Gedung Web tanpa pemberian notis terlebih dahulu kepada anda, jika kami mengesyaki bahawa akses anda ke atau penggunaan anda terhadap Gedung Web melanggar Terma Penggunaan ini.
6. Kerahsiaan dan Data Peribadi
Kami mungkin mengakses, mengumpul, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda sementara memberikan anda akses kepada Gedung Web atau produk atau perkhidmatan yang disediakan di Gedung Web. Anda mengakui, menerima dan memahami bahawa akses, pengumpulan, pendedahan dan/atau pemprosesan sedemikian adalah mengikut Notis Privasi Coda.
Semasa mengakses dan menggunakan Gedung Web anda bersetuju untuk tidak:
(i) Memungut atau mengumpul sebarang maklumat mengenai atau tentang pengguna atau individu lain, termasuk tanpa had sebarang data atau maklumat peribadi;
(ii) Menggunakan Gedung Web untuk mengumpul atau menyimpan data peribadi tentang pengguna atau orang lain; dan
(iii) Menghantar, menerbitkan, berkongsi, mendedahkan atau menyiarkan maklumat sulit atau peribadi individu lain.
7. Laman Web Pihak Ketiga
Gedung Web ini mungkin menyediakan pautan ke laman web pihak ketiga. Kami tidak membuat sebarang pernyataan tentang mana-mana laman web lain yang boleh diakses daripada Gedung Web ini. Jika anda memilih untuk mengakses mana-mana laman web sedemikian, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan mana-mana laman web pihak ketiga tersebut dan tidak bertanggungjawab ke atas laman web tersebut atau untuk sebarang kehilangan atau ganti rugi yang mungkin timbul daripada penggunaan anda. Anda tertakluk kepada sebarang terma dan syarat laman web pihak ketiga tersebut.
8. Pembelian Dalam Talian serta Terma dan Syarat
Coda ialah penjual semula sah kandungan digital (“Produk Digital”) yang tersedia di Gedung Web ini.
Semua pesanan atau pembelian yang dibuat melalui Gedung Web adalah tertakluk kepada terma dan syarat jualan Coda (“Terma dan Syarat”), yang terdapat di Terma dan Syarat yang dirujuk dan boleh didapati di Terma dan Syarat di sini. Terma tambahan mungkin dikenakan pada kempen promosi atau ciri khusus Gedung Web.
9. Perkhidmatan atau Ciri Tambahan
Coda mungkin menawarkan perkhidmatan atau ciri tambahan melalui Gedung Web. Sila rujuk kepada terma dan syarat khusus yang mentadbir urus penggunaan perkhidmatan atau ciri tersebut, terpakai di negara tempat ia tersedia.
10. Penafian Waranti
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, CODA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU GANTI RUGI YANG DISEBABKAN OLEH SERANGAN PENAFIAN PERKHIDMATAN YANG DIEDARKAN, VIRUS ATAU BAHAN BERBAHAYA TEKNOLOGI LAIN YANG MUNGKIN MENJANGKITI PERALATAN KOMPUTER, PROGRAM KOMPUTER, DATA, ATAU BAHAN HAK MILIK ANDA AKIBAT PENGGUNAAN GEDUNG WEB ATAU MANA-MANA PERKHIDMATAN ATAU PRODUK DIGITAL YANG DIPEROLEH MELALUI GEDUNG WEB.
PENGGUNAAN ANDA TERHADAP GEDUNG WEB, KANDUNGANNYA DAN SEBARANG PERKHIDMATAN ATAU PRODUK DIGITAL YANG DIPEROLEH MELALUI GEDUNG WEB ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. GEDUNG WEB,KANDUNGANNYA SERTA SEBARANG PERKHIDMATAN ATAU PRODUK DIGITAL YANG DIPEROLEH MELALUI GEDUNG WEB DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEPERTI TERSEDIA” DAN “SEBAGAIMANA TERSEDIA”, TANPA SEBARANG JAMINAN DALAM APA-APA BENTUK, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, CODA MAHUPUN MANA-MANA PIHAK YANG BERKAITAN DENGAN CODA TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN ATAU PERNYATAAN TENTANG KELENGKAPAN, KESELAMATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, KUALITI, KETEPATAN ATAU KETERSEDIAAN GEDUNG WEB. TANPA MENGEHADKAN PERKARA DI ATAS, CODA MAHUPUN MANA-MANA PIHAK YANG BERKAITAN DENGAN CODA TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN ATAU MEMBERI JAMINAN BAHAWA GEDUNG WEB, KANDUNGANNYA, ATAU SEBARANG PERKHIDMATAN ATAU PRODUK DIGITAL YANG DIPEROLEH MELALUI GEDUNG WEB ADALAH TEPAT, BOLEH DIPERCAYAI, BEBAS RALAT ATAU TANPA GANGGUAN, BAHAWA SEBARANG KECACATAN AKAN DIPERBAIKI, BAHAWA LAMAN WEB KAMI ATAU PELAYAN YANG MENYEDIAKANNYA BEBAS DARIPADA VIRUS ATAU KOMPONEN BERBAHAYA LAIN, ATAU BAHAWA GEDUNG WEB ATAU SEBARANG PERKHIDMATAN ATAU PRODUK DIGITAL YANG DIPEROLEH MELALUI GEDUNG WEB AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ATAU JANGKAAN ANDA.
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, CODA DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA JENIS WARANTI, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, BERKANUN ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA MANA-MANA JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, HAK CIPTA DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.
11. Had liabiliti
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, CODA DAN PEKERJA MASING-MASING, PENGARAH, PEGAWAI, EJEN, PEMBERI LESEN (TERMASUK ELECTRONIC ARTS DAN RAKAN SEKUTUNYA), PENYEDIA PERKHIDMATAN, SERTA WAKIL-WAKILNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, HUKUMAN ATAU GANTI RUGI YANG TIMBUL AKIBAT ATAU BERKAITAN DENGAN TERMA PENGGUNAAN INI, PENGGUNAAN ATAU KETIDAKPUPAYAAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN GEDUNG WEB (TERMASUK KETIDAKPUPAYAAN UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN), ATAU SEBARANG PRODUK DIGITAL YANG DIBELI ATAU TRANSAKSI YANG DILAKUKAN MELALUI GEDUNG WEB, SAMA ADA BERDASARKAN WARANTI, KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN), STATUT ATAU MANA-MANA TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, DAN SAMA ADA CODA TELAH DIMAKLUMKAN ATAU TIDAK TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI TERSEBUT.
SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, TANGGUNGJAWAB TERKUMPUL CODA DAN PEKERJA, PENGARAH, EJEN, PEMBERI LESEN (TERMASUK ELEKTRONIC ARTS DAN AHLI SEKUTUNYA), PENYEDIA PERKHIDMATAN DAN WAKIL-WAKILNYA YANG BERKAITAN DENGAN TERMA PENGGUNAAN INI ATAU TRANSAKSI YANG DIPERTIMBANGKAN DI SINI, SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN, LIABILITI PRODUK, ATAU TEORI LAIN), WARANTI, ATAU SEBALIKNYA, MELEBIHI JUMLAH PEMBAYARAN YANG ANDA TELAH BUAT MELALUI GEDUNG WEB UNTUK TRANSAKSI YANG MENJADI PUNCA TUNTUTAN LIABILITI.
WALAU APA PUN MANA-MANA UNDANG-UNDANG, PERATURAN ATAU PENGAWALSELIAAN YANG BERTENTANGAN, ANDA BERSETUJU BAHAWA SEBARANG TUNTUTAN YANG ANDA MUNGKIN TIMBUL DARIPADA TERMA INI MESTI DIAJUKAN ATAU DIFAILKAN DI HADAPAN TRIBUNAL YANG BERKAITAN DALAM BIDANG KUASA DI MANA ANDA BERADA DALAM TEMPOH SATU (1) TAHUN SELEPAS TUNTUTAN TERSEBUT BOLEH DIFAILKAN TERLEBIH DAHULU. SEGALA TUNTUTAN YANG DIBAWA SELEPAS TEMPOH AKAN DILARANG SELAMA-LAMANYA.
12. Ganti Rugi
Anda bersetuju untuk mempertahankan, melindungi, dan tidak mempertanggungjawabkan Coda, ahli sekutunya, pemberi lesen (termasuk, tetapi tidak terhad kepada Electronic Arts), dan penyedia perkhidmatan, serta pegawai, pengarah, pekerja, kontraktor, ejen, pemberi lesen, pembekal, pengganti, dan wakil mereka masing-masing daripada sebarang tuntutan, liabiliti, ganti rugi, penghakiman, anugerah, kerugian, kos, perbelanjaan, atau yuran (termasuk yuran peguam yang munasabah) yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran anda terhadap Terma Penggunaan ini, akses kepada dan penggunaan Gedung Web dan Produk Digital, dan/atau sebarang pertikaian atau isu antara anda dan mana-mana pihak ketiga.
13. Am
13.1 Pengisytiharan Pengguna
Semua penggunaan atau akses Gedung Web termasuk transaksi berkaitan dengan Produk Digital di Gedung Web tidak ditujukan kepada individu bawah umur dewasa di negara anda (“bawah umur”).Tertakluk kepada sekatan umur tertentu yang dikenakan di negara anda, dan melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Terma Penggunaan ini, kebenaran dan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga yang sah diperlukan bagi individu bawah umur. Dengan meneruskan akses atau penggunaan Gedung WebKed, ibu bapa atau penjaga sah tersebut akan dianggap telah bersetuju dengan Terma Penggunaan ini bagi pihak individu bawah umur dan akan bertanggungjawab untuk akses atau penggunaan sedemikian, termasuk pewujudan dan penggunaan Gedung WebK, pembelian atau transaksi yang dilakukan oleh individu bawah umur tersebut, dan sama ada individu bawah umur itu berada di bawah pengawasan semasa pembelian tersebut. Dengan demikian, pembelian tidak dapat dibatalkan dengan alasan bahawa ia dilakukan tanpa izin, persetujuan, dan/atau pengawasan ibu bapa atau penjaga.
13.2 Undang-undang dan Bidang Kuasa yang Mentadbir Urus
Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Terma dan Syarat:
Terma Penggunaan ini akan ditadbir urus oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Singapura tanpa mengambil kira peruntukan percanggahan peruntukan undang-undangnya.
Kami akan berusaha untuk menyelesaikan secara baik sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma Penggunaan ini (termasuk sebarang soalan mengenai kewujudan, kesahihan atau penamatannya), tetapi sekiranya usaha tersebut gagal, pertikaian tersebut akan dirujuk dan akhirnya diselesaikan dengan timbang tara yang ditadbir urus oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura (“SIAC”) mengikut Peraturan Timbang Tara SIAC (“Peraturan SIAC”) yang sedang dikuat kuasakan, yang mana peraturan dianggap dirangkumi dengan merujuk kepada bahagian ini tentang Undang-undang dan Bidang Kuasa yang Mentadbir Urus. Tempat timbang tara adalah Singapura, dan tribunal akan terdiri daripada seorang (1) penimbang tara. Semua prosiding timbang tara hendaklah dalam bahasa Inggeris. Keputusan penimbang tara adalah muktamad dan mengikat.
13.3 Penafian dan Kebolehpisahan
Tiada penafian oleh Coda terhadap sebarang terma atau syarat yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan ini akan dianggap sebagai penafian lanjut atau berterusan terhadap terma atau syarat tersebut atau penafian mana-mana terma atau syarat lain, dan sebarang kegagalan Coda untuk menuntut hak atau peruntukan di bawah Terma Penggunaan ini tidak akan dianggap sebagai penafan hak atau peruntukan tersebut.
Jika mana-mana peruntukan Terma Penggunaan ini didapati oleh mahkamah atau tribunal yang mempunyai bidang kuasa kompeten sebagai tidak sah, melanggar undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan atas apa-apa sebab, peruntukan sedemikian akan dihapuskan atau terhad pada tahap minimum sedemikian, dan peruntukan Terma Penggunaan selebihnya akan terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya.
13.4 Notis
Kami boleh menyediakan pemberitahuan yang mungkin diwajibkan oleh undang-undang dalam format elektronik (seperti tetapi tidak terhad kepada ketika anda mengunjungi Gedung Web, melalui borang atau e-mel, ketika kami menyiarkan pemberitahuan atau kemas kini kepada Terma Penggunaan ini, atau ketika Coda berkomunikasi dengan anda melalui e-mel atau nombor telefon bimbit anda). Anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada kami dalam bentuk elektronik dan bersetuju bahawa semua terma dan syarat, pemberitahuan, peraturan, pendedahan, dasar, dan komunikasi lain dari Coda yang diberikan secara elektronik kepada anda akan dianggap memenuhi sebarang syarat undang-undang yang berkaitan dengan komunikasi secara bertulis dan akan dianggap telah diberikan pada tarikh komunikasi elektronik.
13.5 Tiada pengendorsan
Rujukan kepada barangan, perkhidmatan dan/atau perniagaan di Gedung Web tidak membentuk atau menyiratkan pengendorsan, kelulusan atau pengesyoran oleh Coda. Kemasukan mana-mana pautan pihak ketiga tidak dalam apa-apa cara menyirat atau menyatakan gabungan, sokongan, atau penajaan oleh Coda bagi mana-mana laman yang dipaut dan/atau mana-mana kandungannya di dalamnya.
13.6 Keselamatan
Kami mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan keselamatan maklumat yang anda berikan kepada kami. Namun, tiada penghantaran data melalui Internet dapat dijamin benar-benar selamat. Walaupun Coda berusaha melindungi semua penghantaran data melalui Internet (termasuk maklumat anda) dan telah mengambil langkah-langkah ketara untuk mengurangkan risiko keselamatan, Coda tidak menjamin dan tidak dapat memastikan keselamatan mutlak setiap maklumat yang anda hantarkan ke kami. Oleh itu, sebarang maklumat yang anda hantar kepada Coda dihantar atas risiko anda sendiri.
13.7 Perhubungan
Kandungan dalam terma ini tidak dimaksudkan untuk atau mewujudkan sebarang jenis hubungan usaha sama, pekerja-majikan, pemiutang-penghutang, eskrow, perkongsian, atau sebarang fidusiari antara anda dan Coda.
13.8 Pemindahan Hak
Anda tidak boleh memindahkan hak atau kewajiban anda berdasarkan Terma Penggunaan ini, atau sebahagian daripadanya, kepada pihak lain tanpa persetujuan tertulis terlebih dahulu daripada kami. Sebarang percubaan oleh anda untuk berbuat demikian tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada kami akan dianggap batal dan tidak sah. Walau bagaimanapun, kami berhak memindah hak Terma Penggunaan ini dan/atau apa-apa kewajipan kami, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa, kepada mana-mana sekutu atau subsidiari Coda atau mana-mana pihak ketiga, dengan atau tanpa memberi pemberitahuan kepada anda.
13.9 Terma setempat
Terma Penggunaan ini disediakan dalam bahasa Inggeris. Setakat mana-mana versi terjemahan setempat bagi Terma Penggunaan bercanggah dengan versi bahasa Inggeris, terma versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.
13.10 Keseluruhan perjanjian
Terma Penggunaan ini (bersama dengan Terma dan Syarat serta Notis Privasi yang dirujuk di sini) membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan Coda, dan menggantikan serta membatalkan semua perjanjian, tuntutan, kenyataan dan pemahaman terdahulu yang berkaitan dengan perkara Terma Penggunaan ini. Tiada pengubahsuaian atau pindaan Terma Penggunaan ini akan mengikat Coda melainkan dipersetujui oleh Coda, dinyatakan secara bertulis, dan diterbitkan dengan cara yang sama seperti versi yang mengikat sebelum ini.
14. Maklum Balas Anda
Gedung Web ini dikendalikan oleh Coda. Semua maklum balas, komen dan komunikasi lain yang berkaitan dengan Gedung Web hendaklah diajukan kepada: https://fc-mobile-global-support-codapayments.zendesk.com/hc/en-us.
Jika anda memilih untuk memberikan maklum balas anda, anda dengan ini memberikan Coda hak yang tidak terhad, kekal, tidak boleh ditarik balik, tidak eksklusif, dibayar penuh, bebas royalti untuk menggunakan maklum balas tersebut dalam apa jua cara dan untuk sebarang tujuan, termasuk untuk menambah baik Gedung Web dan mencipta produk dan perkhidmatan lain.